Friday, December 25, 2009

SOPIAN JUTAWAN MUDA

Perniagaanlah satu-satunya cara untuk kita membina keunggulan diri kita. Untuk berjaya dan lebih berjaya dan sangat berjaya kita perlu tingkatkan keupayaan kita dalam bidang kita masing-masing pada setiap masa dan keadaan tanpa mengira situasi kewangan, keluarga, kesihatan, motivasi diri, kelemahan, aset, hutang kegagalan masa lampau, kemiskinan hidup, kesusahan keluarga, kekurangan harta benda, perasaan malu, rendah diri, dan sebagainya. Sebenarnya perniagaan adalah hidup kita sendiri. Kita yang merancang hidup kita. Apa yang kita mahukan kita mesti dapatkan. Tetapi selalunya kita hanya akan dapat apa yang kita perlukan sahaja. Kalau kita cuba dapatkan apa yang kita tidak perlu itu adalah pembaziran kewangan atau masa kita. Dalam perniagaan pembaziran adalah dilarang. Misal kata kita minat dan mahu bermain drum tapi kita belajar bermain gitar, itu juga adalah pembaziran masa dan modal kerana sepatutnya wang, masa, aset dan modal yang kita ada itu kita peruntukkan sepenuhnya pada hobi dan minat kita sahaja. Sesuatu yang kita tidak minati akan menambahkan kerugian kita sahaja. Misal kata kasut. Kita mahu sepasang kasut yang cantik tetapi kita telah membeli sepasang kasut yang bersaiz lebih besar dari saiz kaki kita. Itu adalah satu pembaziran keran berlebih-lebih dalam membeli. Sepatutnya kita membeli kasut yang bersaiz tepat dengan kaki kita. Jadi tiadalah pembaziran masa,tenaga, dan kewangan jika kita beli dengan cukup-cukup makan dan cukup-cukup saiz. Jangan membazir. Itu point pertama saya hari ini. Untuk berjaya dalam bisness juga kita mesti selalu bertanya, meminta tolong, mendapatkan bantuan, mendalami ilmu bidang yang kita ceburi, mempunyai guru atau mentor, mendapatkan khidmat nasihat, banyak membaca buku motivasi dan perniagaan, solat tidak tinggal sebab solat ialah bisness kita dengan Allah jadi kita mestilah menjaga segenap bisness kita dengan Allah, begitu juga dengan family dan kawan-kawan kita juga masyarakat. Yang terpenting sekali ialah hati orang tua kita. Jangan sesekali mengecilkan hati mereka. Kerana ia juga adalah antara bisness kita yang terbesar sekali. Kalau yang sudah berkahwin jagalah isteri dan kelurga mentua dengan baik. Kerana itu adalah tanggungjawab dan bisness kita dengan kelurga kedua kita. Cuba contohi Nabi Besar Kita nabi Muhammad S.A.W. yang menjaga hubungan dan bisness dengan sedenap lapisan masyarakatnya. Itulah sebab kejayaan bisnessnya dengan ALLAH iaitu berjaya mengembangkan ISLAM kesuluruh pelusuk dunia. Baginda juga adalah seorang nabi yang mempunyai pengikut yang paling ramai sekali dalam dunia. Ada juga nabi-nabi sebelum baginda yang hanya mempunyai seorang sahaja pengikutnya atau umatnya. Tapi kita bersyukur kerana Allah menganugerahkan Nabi Muhammad dengan pengikut yang paling ramai di dunia ini juga di akhirat. Alhamdullillah. Satu lagi kita mestilah selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan kufur dengan nikmat Allah walaupun nikmat itu ialah air sejuk kosong seteguk. Sebab dengan bersyukur maka Allah akan menambahkan lagi rezeki kita dan apa-apa yang kita minta akan terkabul atau dapat sesuai dengan keperluan kita setiap hari. Wassalammualaikum, sekian sahaja majlis ilmu dari saya buat hari ini. Semoga anda diberkati Allah setiap hari. Amin!.

No comments:

Post a Comment